Tisu Limfoid Sistem limfatik

Tisu Limfoid berkait dengan sistem limfa berkait dengan fungsi imunisasi bagi mempertahankan badan dari jangkitan dan penyebaran tumor. ia terdiri dari tisu penyambung dengan pelbagai jenis sel darah putih terbenam di dalamnya, yang paling banyak adalah limfosit.

Tisu Limfoid mungkin utama, kedua, atau ketiga bergantung pada tahap perkembangan limfosit dan kematangan pembabitannya. (Tisu Limfoid peringkat ketiga biasanya memiliki kurang limfosit dalamnya, dan mengambil peranan imunisasi hanya apabila dicabar dengan antigen yang menyebabkan keradangan. Ia melakukannya dengan mengimport limfosit dari darah dan limfa.[6])

Organ limfoid utama

Organ limfoid utama menghasilkan limfosit dari sel progenitor tidak matang.

Timus dan sum-sum tulang membentuk tisu limfoid utama terbabit dalam penghasilan dan pemilihan awal limfosit.

Organ limfoid kedua

Organ limfoid kedua atau tambahan mengekalkan kematangan naive limfosit dan mencetus tindak balas imunisasi penyesuaian adaptif. Organ limfoid tambahan merupakan tapak pengaktifan limfosit oleh antigen. Pengaktifan mendorong pada pengembangan clonal dan kematangan affiniti. Limfosit matang dikitar kembali antara darah dan organ limfoid tambahan sehingga mereka bertembung dengan antigen khusus bagi mereka.

Tisu limfoid kedua memberikan persekitaran bagi molekul asing atau antigen tempatan berubah bagi bertindakbalas dengan limfosit. Ini ditingkatkan melalui nod limfa, dan folik limfoid pada tonsil, tompokan Peyer, spleen, adenoid, kulit, dll. Yang berkait dengan tisu berkait lendir (“mucosa-associated limfoid tissue – MALT”).

Nod Limfa

Templat:Details3

Nod limfa menunjukkan afferent dan efferent saluran limfatik.

Nod limfa merupakan himpunan teratur tisu limfa, melalui mana limfa lalu dalam perjalannya untuk kembali ke darah. Nod limfa terletak berselang sepanjang sistem limfatik. Beberapa salur limfa afferent membawa masuk limfa, yang meresap keseluruhan bahan nod limfa, dan dikeluarkan oleh salur limfa eferen.

Bahan nod limfa terdiri dari folikel limfoid pada bahagian luar yang dikenali sebagai "Kortex", yang mengandungi folikel limfoid, dan bahagian dalam yang dikenali sebagai "medulla nod limfa", yang dikelilingi oleh kortex kecuali pada bahagian yang dikenali sebagai "hilum" pada not limfa. Hilum kelihatan sebagai lekukan pada permukaan nod limfa, yang menjadikan limfa berbentuk kekacang dan bukannya sfera atau bulat. Salur limfa efferent muncul langsung dari nod limfa di sini. Arteri dan urat membekalkan nod limfa dengan darah masuk dan keluar melalui hilum.

Folikel limfa merupakan himpunan padat limfosit, yang bilangan, saiz dan tatarajahnya berubah menurut keadaan fungsi nod limfa. Sebagai contoh, folikle mengambang dengan banyaknya sebaik sahaja bertembung dengan antigen asing. Pemilihan sel B berlaku dalam pusat germinal bagi nod limfa.

Nod limfa terutamanya banyak di “mediastinum” pada bahagian dada, leher, pelvis, axilla (ketiak), inguinal (pelipat peha), dan berkait dengan saluran darah pada usus kecil.[3]